Sekali lagi kita berhadapan topik yang begitu getir bagi umat Islam. Umat Islam mengidamkannya, manakala musuh Islam pula amat menggeruninya. Memang Islam menganjurkan kesatuan ummah, umat yang satu, persaudaraan yang erat, yang ada membantu yang lemah, ada yang menegakkan kebenaran dan keadilan, ada yang prihatin membela ummah. Contoh terpampang pada Al Qur’an dan Al Sunnah, suri bimbingan Rasulullah s.a.w. kepada para sahabah golongan Ansar dan Muhajirin.
Menurut Ziauddin Sardar, pada satu ketika dahulu pada akhir 80’an, di Peshawar, Pakistan menjelang kejatuhan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan, suatu persidangan telah dianjurkan di kalangan semua pimpinan puak mujahidin bagi mencapai muafakat politik pemerintahan Afghanistan. Turut hadir dan penggerak utama perdamaian adalah Dr Abdullah Naseef. Usama bin Laden dilaporkan pun turut hadir, kerana pada waktu itu beliau disangat dihormati dan disanjung sebagai wira oleh mujahidin. Namun perkataan yang paling kerap diucapkan adalah istilah “mustahil” oleh anggota-anggota yang bersidang. Mereka gagal bersetuju, mereka berbantah, mereka asyik menolak sebarang cadangan pihak lain.
Maka setelah tentera Soviet tewas dan berundur, berlakulah peperangan saudara yang sengit akibat kegagalan penyatuan mujahidin. Banyaklah sebab-sebabnya, ada angkara dalang kuasa besar dan rantau mempengaruhi dari luar, keadaan budaya serta perbedaan etnik, faktor taraf pegetahuan yang amat rendah, namun yang pokoknya adalah ketidaksediaan para mujahidin untuk bersatu.
Apabila tiba giliran Amerika Syarikat menceroboh maka dengan mudah sekali ia menakluk melalui divide et impera – divide & rule, pecah dan perintah!
Kalau difikirkan pun di negara aman sekalipun, perbalahan, pertikaian, persengketaan dan pertengkaran akibat perbedaan pendapat, pertentangan kepentingan dan pertembungan peribadi – personality clash, silap komunikasi , perebutan kuasa kerap juga berlaku. Cuma negara yang agak mewah dan selesa, serta mempunyai sistem masyarakat sivil tidaklah sampai akan capai senjata atau RPG untuk menyelesaikan konflik dalam bilik mesyuarat atau pejabat.
Memang banyak faktor tetapi di sini kita khususkan kepada apakah pengajaran Ramadan tentang penyatuan umat. Kita sentuh dua faktor sahaja:-
1. Penyatuan bergantung kepada Jatidiri/ Integriti – keutuhan Muslim itu sendiri
Kita boleh berusaha, berstrategi dan berharap namun segala-galanya tetakluk kepada izin Allah swt dan pertolonganNya.
Ramadan mengajar kita tentang ubudiyyah (serah pasrah kpd Allah swt), keikhlasan, persaudaraan dan pengorbanan. Ramadan mengembalikan fitrah dan jatidiri Muslim dengan sifat sabar, hilm –santun, mujahaddah, ihtisab, muraqabbah, rasa lazat beribadah, rasa gembira dengan suasana kemanisan iman– halawatul iman.
Seperti ditulis oleh al marhum Ustaz Mustafa Masyhur, puasa dan Ramadan memberikan bekalan iman dan taqwa, itulah bekalan serta petunjuk sepanjang jalan. Integriti dan jatidiri Muslim tertegak di atas iman dan taqwa, itulah prinsip hidup Islam dan ia tidak akan goyah.
Bukan jatidiri yang diprogramkan supaya terus kabur atau diperhambakan atau dikawal minda tanpa bebas berpandukan cahaya iman, Qur’an dan Sunnah Rasul.
Dalam hal ini, walaupun kefahaman kita tentang konsep jatidiri Muslim itu betul, ia hendaklah disertai amal dan prestasi – bagi melahirkan keutuhan diri itulah integriti. Kalau ternampak kekurangan komitmen, azam diri dan juga kelemahan di kalangan umat maka inilah yang mungkin menyukarkan penyatuan.
Sheikh And Qadir Jailani terkenal semasa beliau remaja lagi tentang ketokohannya- sangat berintegriti sehingga dia tidak menipu malah menunjukkan kepada ketua penyamun di mana disimpan wang semasa dirompak di tengah perjalanan. Akhirnya setelah ketua penyamun itu berdialog dengannya, si ketua penyamun bertaubat dan menjadi seorang yang salih.
Sheikh Abd Qadir Jailani jugalah yang mantap jatidirinya sehinggakan apabila ada suara dari langit menyerunya, dia menolak dan menyangkalnya kerana kenal bahawa itulah godaan dan pembohongan syaitan. Tetapi kini, ada Astro, SkyTV, open skies dan sebagainya dengan mudah saja menundukkan dan memperdaya pemuda pemudi Islam seantero dunia. Sehingga harga malam itu murah sahaja dibuai dengan khayalan. Padahal malam-malam Ramadan amat bernilai, malah tiada ternilai.
2. Kekuatan Iman Mengatasi Ancaman luar
Kita juga berharap berpetunjuk Al Qur’an (yang disambut dan diraikan pada bulan barakah ini) dan Sunnah bahawa kita mempunyai bekalan iman dan taqwa bagi mengharungi ujian dari arah mana sekalipun.
Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, ada pihak yang mengatakan sekarang ini adalah period post Islamisation, pasca Islamisasi, bermakna Islam sebagai pemikiran agama tidak relevan lagi. Sekarang juga disebutkan masa post orientalism, pasca orientalisme yang mendakwa bahawa kaedah teori orientalis tidak lagi berada di luar ruang lingkup pemikiran Islam. Malah orientalisme tidak lagi dipandang serong dan bukan di luar tetapi di dalam pemikiran Muslim – iaitu bagaimana kita memahami al Qur’an, Sunnah dan ulama’ – ia datang dari pemikiran orientalis.
Kerangka pemikiran orientalis menyerap masuk kepada kerangka pemikiran Islam, samada sedar atau tidak, di dalam institusi-institusi pengajian Islam. Oleh itu, jangan terperanjat jika para penentang Islam nanti terdiri daripada penganutnya sendiri – contohnya, dengan pemakaian tudung, berpengetahuan Bahasa Arab dan berpendidikan agama.
Kecenderungan ini – iaitu deislamisasi, mengamalkan dualisme ilmu – mereka menerima Qur’an tetapi menolak hadith serta mempertikaikan ulama’. Mereka menyerang khabar sadiq – kata-kata benar sahabah dan ulama’.
Seiring dengan inilah, gagasan pluralisme atau liberalisme sebagai aliran gerakan sekularisme dengan bertopengkan perjuangan hak asasi manusia hanyalah bertujuan ”removing Islam from the realm of public space” menurut Ustaz Uthman al Muhammady.
Ancaman langsung pula adalah kecenderungan US berkekalan sebagai pemimpin global melalui kuasa militari yang mendominasi dengan mengambil peluang strategik bagi memastikan orde ketenteraman dunia yang memelihara kepentingannya serta kondusif kepada citra dan idealisme US.
Ancaman yang lebih halus pula adalah apabila US, dunia industri moden dan masyarakat antarabangsa menginginkan dunia Islam yang sepadan dengannya - compatible seperti orang lain: demokratik, ekonomi yang mampan, politik yang stabil, keadaan sosial yang progresif dan mematuhi peraturan serta norma tatalaku antarabangsa.
Mereka lihat sebagai wajar dirangsang elemen-elemen dalam ramuan umat Islam yang sepadan dan mirip kepada keamanan global dan masyarakat antarabangsa serta mesra kepada demokrasi dan pemodenan. Umat Islam pula dibahagikan kepada beberapa golongan besar iaitu modenis, tradisionalis, fundamentalis dan sekularis. Apa yang diramalkan pula adalah keruntuhan dalaman sanubari Islam itu sendiri– implosion.
Semoga Ramadan menambahkan bekalan iman dan taqwa kita, membina jati diri, membolehkan penyatuan umat serta berjaya memperkuatkan daya ketahanan kita menghadapi pelbagai ancaman.
2 Oktober 2007