Alija Ali Izetbegovic: Siri ke 16
Pada akhir tahun 1992, kami cuma mempunyai 21 buah meriam howitzers berbanding Tentera Serb RS dan JNA yang memiliki 1,062 buah meriam howitzers. Tahun demi tahun kami menambahkan persenjataan kami. Kami memperolehinya melalui tiga cara: dengan cara rampasan daripada tangan musuh, membuat dan mengeluarkan dalam kilang-kilang kami sendiri termasuk bengkel-bengkel kecil dan dengan mengimpot daripada luar negara, seberang laut atau apa yang digelar peribahasa “menyeberangi tujuh lautan dan tujuh pergunungan” (walaupun sekatan senjata dikenakan PBB)
Melengkapkan persenjataan Tentera
Setiap kilang pakaian dan kasut awam dikerahkan mengeluarkan pakaian seragam dan kasut but tentera. Semua stok rizab bahan simpanan bertujuan untuk kegunaan awam disalurkan kepada perusahaan ketenteraan hingga kehabisan. Mengenai perolehan senjata “menyeberangi tujuh lautan dan tujuh pergunungan” walaupun dihalangi sekatan embargo dan pelbagai rintangan yang tidak terhingga, sebuah buku boleh ditulis tentangnya.
Walaupun keadaan beransur bertambah baik dari segi perolehan senjata, Tentera
Pada September 1991, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang mengenakan sekatan senjata ke atas seluruh bekas
Memang pada 12 Mei 1994, Senat Amerika Syarikat mengisytiharkan pembatalan sekatan senjata secara unilateral ke atas Bosnia dan ikuti pula oleh Dewan Perwakilan US pada 9 Jun tetapi Presiden Clinton menghalang keputusan itu dengan menggunakan kuasa veto akibat tekanan sekutu-sekutu Eropah terutama Britain dan Setiausaha Luarnya, Douglas Hurd.
Keperluan mendesak untuk mendapatkan senjata memaksa pelbagai penjelajahan. Pada suatu lawatan ke
Seperti juga kumpulan mafia dadah, saudagar senjata adalah golongan manusia yang sangat jahat dan paling merbahaya. Mereka mengaut keuntungan melalui perniagaan “haram” dan sanggup melakukan apa saja. Tetapi jika anda inginkan senjata maka anda hanya boleh membelinya daripada orang sedemikian.
Saudagar senjata berkenaan tiba ke kedutaan kami tepat pada masanya. Mereka mengatakan helikopter akan berlepas dari sebuah pengkalan di Itali. Ketibaan ke destinasi di
Tidaklah diketahui samada mereka peniaga senjata yang tulin ataupun penipu putar belit. Panglima kami General Delic dan sekumpulan pegawai telah lama berdiri menunggu sekeliling umbun-umbun api di pergunungan Igman untuk menyambut sesuatu keajaiban yang tidak pun muncul mendarat daripada langit. Aku pun tidak tidor kerana terpaksa sedia menunggu telefon sepanjang masa itu.
______________________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Pada 1992 sehingga 1995, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.