Alija Izetbegovic Siri ke 14
Aku bertemu Branko Kostic dan General Blagoje Adzic masing-masing Wakil badan politik pemerintah tertinggi dan pemangku Ketua Turus Staf JNA Tentera
Bersama kami adalah Presiden Aku tambah lagi dengan berkata, “Lakukanlah ini demi menyelamatkan negara ini.” Adzic menjawab, “Mr. Izetbegovic, anda tahu bahawa hampir kesemua anggota tentera adalah kaum Serb. Adalah tidak realistik untuk sesiapa pegawai pemerintah pun terdiri daripada general-general Muslim.”Adzic seorang yang jujur dan berterus terang. Sebaliknya Kostik cuba berselindung dengan menafikan kekejaman dan keganasan yang berlaku angkara subahat JNA dan unit-unit paramiliter Serb. Kostik sanggup mengatakan bahawa tindak tanduk JNA adalah saksama dan tidak berpihak.
Selama 70 hari berlalu sebelum kami di Bosnia mengakui bahawa peperangan telah meletus dan kami sedar tentang hakikat bahawa kami tidak boleh menoleh kebelakang lagi serta keadaan ini akan berterusan pada jangka masa yang lama. Sebelum ini, kami seolah-olah dirasuk impian harapan agar sesuatu yang ajaib akan berlaku untuk menghentikan pertumpahan darah yang sia-sia ini.

Idealisme pengisytiharan yang agong ini nyata bertentangan dengan penggunaan kekerasan yang kejam yang berlaku di medan . Dunia telah menjadi alpa dan tidak kisah serta tidak acuh sepertimana yang tidak disangkakan. Kekerasan tidak menang tetapi idealisme pun tidak menjuarai.
Hasrat kami untuk mencapai objektif wadah tersebut sangat jujur dan komposisi kerajaan yang dibentuk merupakan kerajaan perpaduan nasional adalah membuktikan niat ini. Tugas kerajaan ringkasnya adalah untuk menyelesaikan isu mendesak sebuah negara yang sedang diserang.
Apabila sebuah negara mengalami _____________________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Pada 1992 sehingga 1995, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.
No comments:
Post a Comment