Showing posts with label helicopter. Show all posts
Showing posts with label helicopter. Show all posts

Saturday, November 15, 2008

“Menyeberangi tujuh lautan dan tujuh pergunungan”

Alija Ali Izetbegovic: Siri ke 16



Pada akhir tahun 1992, kami cuma mempunyai 21 buah meriam howitzers berbanding Tentera Serb RS dan JNA yang memiliki 1,062 buah meriam howitzers. Tahun demi tahun kami menambahkan persenjataan kami. Kami memperolehinya melalui tiga cara: dengan cara rampasan daripada tangan musuh, membuat dan mengeluarkan dalam kilang-kilang kami sendiri termasuk bengkel-bengkel kecil dan dengan mengimpot daripada luar negara, seberang laut atau apa yang digelar peribahasa “menyeberangi tujuh lautan dan tujuh pergunungan” (walaupun sekatan senjata dikenakan PBB)


Melengkapkan persenjataan Tentera Bosnia adalah suatu kisah menyayatkan mengenai kegagahan dan keperkasaan manusiawi, keazaman, kesungguhan dan kekayaan jiwa pada satu medan pertempuran yang tidak nyata, ghaib dan maya demi survival Bosnia. Semasa peperangan, 65 buah loji perusahaan ketenteraan digiatkan dan seawal tahun 1992, setiap bengkel pertukangan kecil mengerjakan hal yang sama. Apabila aku pergi ke Bandar Breza pada 1993, pekan yang telah dikepong sepenuhnya oleh tentera Serb, penduduk dengan bangga menunjukkan sepucuk senapang rifel yang digantung pada sebuah dinding yang diperbuat oleh para mekanik dan tukang mereka sendiri.


Setiap kilang pakaian dan kasut awam dikerahkan mengeluarkan pakaian seragam dan kasut but tentera. Semua stok rizab bahan simpanan bertujuan untuk kegunaan awam disalurkan kepada perusahaan ketenteraan hingga kehabisan. Mengenai perolehan senjata “menyeberangi tujuh lautan dan tujuh pergunungan” walaupun dihalangi sekatan embargo dan pelbagai rintangan yang tidak terhingga, sebuah buku boleh ditulis tentangnya.


Walaupun keadaan beransur bertambah baik dari segi perolehan senjata, Tentera Bosnia hanya mencapai tahap kelengkapan bagi membolehkan operasi serangan berkesan pada penghujung akhir peperangan. Itu pun ia tidak memiliki artileri, kereta kebal dan kenderaan berperisai APC yang mencukupi.


Pada September 1991, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang mengenakan sekatan senjata ke atas seluruh bekas Yugoslavia. Sekatan ini hanya berkesan untuk menghalang Tentera Bosnia daripada melengkapkan dirinya. Tentera Serb sudah pun memiliki persenjataan melebihi keperluan sehinggakan mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan senjata-senjata itu. Senjata mereka telah dikumpul dan dihimpunkan selama 40 tahun dan Tentera Yugoslavia dianggap sebagai tentera keempat terlengkap di Eropah sewaktu itu. Pengumpulan besar senjata tersebut adalah akibat bantuan asing Barat yang disebutkan oleh Lord Owen sebagai hasrat Barat untuk menyaingi pengaruh Soviet walaupun ia berlaku menjangkaui masa sehinggakan apabila tiada lagi ancaman Soviet, namun masih berterusan bantuan dan pinjaman membiayai tentera Yugoslavia yang sarat itu.


Memang pada 12 Mei 1994, Senat Amerika Syarikat mengisytiharkan pembatalan sekatan senjata secara unilateral ke atas Bosnia dan ikuti pula oleh Dewan Perwakilan US pada 9 Jun tetapi Presiden Clinton menghalang keputusan itu dengan menggunakan kuasa veto akibat tekanan sekutu-sekutu Eropah terutama Britain dan Setiausaha Luarnya, Douglas Hurd.


Keperluan mendesak untuk mendapatkan senjata memaksa pelbagai penjelajahan. Pada suatu lawatan ke Brussels, kami ditawarkan dua buah helicopter berperisai dengan peluru berpandu yang sesuai dengannya. Ini amat dikehendaki kerana kami tertekan, terperangkap dan terkepong di Sarajevo terdedah kepada taluan rambang bedilan pelancar-pelancar roket dan penembak-penembak curi berterusan. Apabila aku menemui mereka, mereka memperkenalkan diri sebagai berasal dari Afrika Selatan. Pada mulanya mereka letak dua syarat iaitu bayaran tunai sebaik saja helicopter dihantar dan menahan seorang anggota kami sebagai tebusan untuk menjaminkan tiada penipuan.. Setelah lama berlangsung tawar menawar, kami menolak syarat yang kedua tetapi penyerahan wang tunai akan dilakukan di kedutaan kami di sebuah bandaraya Eropah.


Seperti juga kumpulan mafia dadah, saudagar senjata adalah golongan manusia yang sangat jahat dan paling merbahaya. Mereka mengaut keuntungan melalui perniagaan “haram” dan sanggup melakukan apa saja. Tetapi jika anda inginkan senjata maka anda hanya boleh membelinya daripada orang sedemikian.


Saudagar senjata berkenaan tiba ke kedutaan kami tepat pada masanya. Mereka mengatakan helikopter akan berlepas dari sebuah pengkalan di Itali. Ketibaan ke destinasi di Bosnia dijadual pada tengah malam. Kuasa Usaha kami bersama pembawa wang duduk di satu sudut dan mereka duduk di sudut yang lain dalam sebuah bilik yang sama. Rasanya kami pun merasa takut dan begitu juga mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengawal-pengawal keselamatan kami bersiap sedia di koridor dan pintu masuk bangunan. Peniaga berkenaan asyik berhubung dengan seseorang melalui telefon bimbit. Setelah menunggu sehingga ke lewat pagi, kami saling bertentang mata menjeling satu sama lain memerhatikan gerak geri masing-masing. Apabila subuh, mereka pun meminta izin untuk meninggalkan kami. Mereka mengatakan bahawa sesuatu telah tidak kena dan mereka pun pergi dan tidak kembali.


Tidaklah diketahui samada mereka peniaga senjata yang tulin ataupun penipu putar belit. Panglima kami General Delic dan sekumpulan pegawai telah lama berdiri menunggu sekeliling umbun-umbun api di pergunungan Igman untuk menyambut sesuatu keajaiban yang tidak pun muncul mendarat daripada langit. Aku pun tidak tidor kerana terpaksa sedia menunggu telefon sepanjang masa itu.


______________________________________________________________________

Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.


Pada 1992 sehingga 1995, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.


Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.

Saturday, August 30, 2008

Anwar Ibrahim and the Helicopter




It has become almost a ritual every night of Anwar Ibrahim’s campaign. Minutes into his speech at ceramahs, a hovering helicopter appears beaming white light onto the stage and the audience below. The ardent supporters by their thousands then cheer and shouts of “boo” and some hurl abuse at the formidable machine up in the sky. The helicopter maneuvers and then hovers away.


It has become an interesting feature as part of the whole unique events taking place in Permatang Pauh. It seems almost surreal as if at a far out concert with the heli shining out white light to glow at the performers and the raving fans.


Some say it is there to keep the peace. Others say it is taking videos and aerial photographs to gauge Anwar’s support. It is said to be sending continuous assessments upstairs. The police may have been counting the number of white caps of Anwar’s supporters and sympathizers. But what about the numerous others who attend without the head caps including the Chinese and Indians. Only Anwar can pull out events that attract all of them and somehow his detractors claim that he is a threat to national unity. They are so out of touch that they need this expensive piece of device hovering up in the sky.


It simply shows who the real Goliath is. BN with its security apparatus, money and dirty tricks seems to be having a field day at taunting, slandering and assassinating Anwar and his supporters. The mass media feeds preposterous claims including faking bomb threats, speeches from scandalous defectors, uttering self damning oaths and issuing unbecoming fatwas from cheap “scholars”.


Do they really think people are that stupid and could steep so sordidly low? Have we noticed the low turnout of national flags out on public display apparently indicating general dissatisfaction among the masses?


By the way a sleepy PM suddenly woke up to find out just how the public live their lives traveling on rail commuters. He must have been dozing in his sleepy cocoon all these years. Anyway that is what is called a photo-op, it happens all the time in the West. Bush goes to Iraq, takes photos shaking hands with local Iraqis and is speedily taken away from the danger zone on a heli back to safety. It is over in minutes. A sincere PM would have gone unannounced and come out with action and results to help the public. To KL and Klang Valley citizens, they have already shoved him and his clique out of their lives.


Permatang Pauh has always kicked Pak Lah out for good!