
Alija Ali Izetbegovic
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Berhadapan dengan sikap Eropah yang tidak ambil peduli dan tidak acuh, kem tahanan beramai-ramai muncul semula di depan mata mereka, namun beliau berusaha gigih tanpa penat dan rehat bagi mencapai keadilan di negerinya dan pada peringkat dunia.
Alija Izetbegovic telah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan komunis dan pada kali kedua kesalahannya adalah semata-mata kerana penulisannya. Beliau menjadi Presiden pertama negaranya yang merdeka pada 1990. Beliau berdiri teguh bersama rakyatnya semasa menghadapi serangan pencerobohan ke atas negaranya pada tahun 90’an, memimpin mereka dengan jiwa dan semangat yang kental, berpegang kepada prinsipnya sebagai seorang warga Eropah dan negarawan Muslim.
Alija Izetbegovic adalah salah seorang individu yang unggul yang berjaya mengilhamkan , membangkitkan dan memimpin seluruh negara, lalu mendapat pengiktirafan serta dikagumi dunia. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Berikut adalah petikan yang diterjemah dan disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation pada 2003:
Alija Izetbegovic Siri Pertama:
Remaja dan Subuh di Sarajevo.
“Arwah ibuku seorang wanita yang sangat wara’ dan kuat pegangan agama, dan iltizam aku kepada agama sebahagiannya terletak kepada budi yang dicurahkannya. Ibuku senantiasa bangun lebih awal untuk solat subuh (Sabah – menurut sebutan istilah
No comments:
Post a Comment