
Alija Izetbegovic Siri Ke 5
Tahun selepas pembebasanku daripada penjara merupakan tahun rihat. Setelah bebas daripada menjalani 6 tahun merengkok di penjara, setiap hal yang berlaku pada diriku amat menggembirakan. Aku membaca, melancong, berjalan-jalan dan dikelilingi oleh kemesraan dan kasih sayang anak-anak. Yang penting sekali, aku merasai ketenangan hidup.
Walaubagaimanapun, keamanan Bosnia Herzegovina semakin tidak tenteram dan bergolak. Pelbagai skandal muncul akibat salahlaku dan rasuah kerajaan komunis pimpinan Belgrad. Kegiatan pelampau kaum yang digelar kumpulan Chetnik semakin menjadi-jadi. Persoalan semasa nasib umat Islam
Aku sememangnya tidak menaruh kepercayaan bahawa bentuk komunisme yang pegun boleh bertahan lama. Tetapi aku sendiri tidak menyangka kejatuhan merudumnya sekitar 1989-1990. Rupa-rupanya sifat sistem komunisme itu adalah samada ia berdiri tegak atas kesemua atau tiada langsung. Tiada penyelesaian pertengahan yang membawa keriangan kerana Komunisme dan kebebasan saling bertentangan – samada komunisme memusnahkan kebebasan atau sebaliknya. Pada pertengahan abad ke 20, komunisme menghancurkan kebebasan tetapi pada akhir abad, putaran berlaku.
Kejatuhan Tembok
Sentimen agama umat Islam telah dibendung dan disekat secara sistematik selama 40 tahun pemerintahan komunis
Untuk memastikan negara menjalani pembinaan semula demokrasi, adalah perlu untuk mendirikan parti-parti politik. Parti politik bukannya bebas daripada cacat cela tetapi dunia masih belum ada kaedah lain yang lebih baik. Kami memerlukan parti yang pro-Bosnia dan pro-Muslim yang akan melibatkan dan menggabungkan rakyat termasuk puak Serb dan Croat. Aku bercakap dan menghubungi rakan-rakan. Aku yakin umat Islam
Parti Tindakan Demokratik –Stranka Demokratske Ackcije (SDA) bermula November 1989 dan setahun kemudian pada 1990, parti ini memenangi pilihanraya.
Dari mula lagi, aku diterima sebagai “pemimpin” dan aku bukanlah yang terbaik. Mungkin para pimpinan tak semestinya terhandal kerana untuk menjadi pemimpin, sudah bakal ada kelemahan ketara dan aku memang mempunyai banyak kekurangan.
Aku mendekati dan mendampingi intelektual dan pimpinan Muslim yang ternama untuk penubuhan dan pengukuhan parti. Di samping menyatukan umat Islam Bosnia Herzegovina dan menjadi wadah politik, aspirasi parti adalah untuk menjadi parti kepada semua orang Islam
Situasi berubah dengan pantas dengan sistem sosialis menghadapi krisis, menjadi semakin lemah dan tidak bermaya. Kami membuat kenyataan umum membentangkan program parti. Kami mengisytiharkan parti ini suatu perikatan warga negara
Pada 26 Mei 1990, Perhimpunan Perwakilan SDA telah diadakan. Dewan perhimpunan penuh sesak. Ketakutan lama telah ditukar kepada keterbukaan dan nekad. Aku memulakan ucapan di perhimpunan dengan lafaz bismillah. Aku berbuat demikian kerana dua sebab. Pertama, aku dengan tulus ikhlas berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon pertolonganNya. Kedua, sebagai tanda kebebasan agama dan isyarat jelas menyanggah regim pemerintahan sedia ada. Sebelum itu, tidak terbayang atau diimpikan untuk mengeluarkan sebarang kata-kata berunsur keagamaan di atas pentas awam. Aku meneruskan ucapan dengan kisah pembebasan, keruntuhan Tembok
____________________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.
No comments:
Post a Comment