
Sebaik saja keputusan pungutan suara ramai dicapai, pada tanggal 6 April 1992 Komuniti Eropah EU (Kesatuan Eropah) mengiktiraf Bosnia Herzegovina dan diikuti pula oleh Amerika Syarikat sehari kemudian. Pada permohonan kami untuk pengiktirafan, kami telah memberi jaminan akan mematuhi terma-terma Deklarasi Brussels, Panduan Pengiktirafan Negara- Negara Eropah Timur dan Draf Konvensyen The Hague. Kami menekankan bahawa Bosnia tidak menaruh sebarang niat membolot atau menakluk sebarang wilayah negara jiran serta apa-apa aktiviti yang dianggap mencurigakan.
Sebelum itu pun percubaan perdamaian Cutileiro gagal. Pemimpin Serb SDS bertegas dan mengumumkan kaum Serb dan Croat tidak akan menerima Bosnia Herzegovina sebagai sebuah negara yang bersatu. Malah Presiden parti Croat HDZ berhujah bahawa hanya negarabangsa sahaja yang boleh berdaulat. Sebaliknya, aku mengumumkan bahawa negara ini berdaulat tetapi bukan sebagai negarabangsa etnik menurut kaum, tetapi lebih kepada citra Eropah, bangsa sebagai warga sebuah negara yang bersatu. Aku menyatakan lagi bahawa
Cadangan Dokumen Brussels sebenarnya merupakan dokumen di mana semua pihak memperolehi sesuatu tetapi hilang sesuatu yang lain pula. Kami tidak berpuas hati tetapi aku sangat berhasrat untuk bertolak ansur bagi mengelakan meletusnya peperangan. Persetujuan awal di Brussels dan di 
Pencerobohan dan peperangan ke atas Bosnia Herzegovina bermula pada 1 April dengan serangan ke atas Bijeljina oleh unit-unit paramilitari Serb. Sebelum itu pun, dan tanpa sebarang isyarat atau tanda amaran, para tentera simpanan dan pasukan sukarela Serb yang merupakan sebahagian Kor tentera JNA (Angkatan Tentera Nasional Yugoslavia) telah menakluk
Pada musim panas 1991, jumlah tentera JNA di Bosnia ditambah berlipatganda. Dua Kor menceroboh masuk dengan diikuti dua Kor kemudiannya. Jumlah besar pasukan tentera udara JNA juga ditempatkan ke ________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropa.
Pada 1992 sehingga 1995, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003:
No comments:
Post a Comment