





Speaking out on contemporary issues in English and Bahasa Melayu. Bersuara tentang isu kontemporari dan semasa.
Alija Izetbegovic Siri Ke 9
“….Pada perhimpunan ini, kita berkewajipan untuk merenungkan umat Islam, yang sedang menunjukkan “sabr” (kesabaran) yang tinggi. Negara ini adalah suatu penemuan bagi kita dan juga bagi dunia. Saya mengajak anda semua memberi tepukan untuk negara ini!” Semua hadirin bangun dan memberikan tepukan gemuruh………..”
Majlis Presiden tidak mampu menyelesaikan krisis politik. Mesyuarat demi mesyuarat diadakan kerap dengan jarak beberapa hari sekali. Musim bunga 1991 diwarnai dengan perjumpaan sedemikian di antara
Semua pihak, semua faktor yang membawa kepada keadaan yang berlaku semasa detik-detik kritikal Balkan telah ditentukan: dunia yang bersikap melepas tangan dan tak acuh, pembakaran meluap-luap semangat kebangsaan, ahli-ahli politik yang tidak kompeten di sini dan di luar negara, Milosevic, Tudjman serta tujuan mereka dan sudah tentu termasuk juga saya. Natijahnya pasti dan tidak dapat tidak seperti yang terjadi.
Kemusnahan Bosnia Herzegovina telah berlaku tanpa disekat. Puak Serb SDS menubuhkan Wilayah Autonomi Serb SAO yang secara langsung mencerai beraikan Republik. Tentera Nasional Yugoslavia JNA membekalkan senjata kepada mereka. Kami berada dalam dilema samada untuk menentang situasi ini secara kekuatan tetapi kajian dan penilaian menunjukkan kami tidak berkemampuan.
Kami menubuhkan Majlis Pertahanan Kebangsaan yang bakal melahirkan Liga Patriotik, yang kelak menjadi Angkatan Tentera Bosnia Herzegovina. Apabila ditanya wartawan samada aku percaya ancaman Karadzic untuk melancarkan peperangan yang dahsyat bagi menghapuskan dan menghancur lebur
Apabila ditanya berkenaan persiapan kami untuk perang, aku memberitahu bahawa kami mengumpul senjata ringan dan bergantung harap kepada pasukan polis. Merekalah yang mampu mempertahankan
Tahun terakhir yang aman sampai ke penghujungnya. Berlalu sudah musim gugur yang permai. Salji turun awal pada September, diikuti musim panas disinari mentari, musim panas yang digelari Michelmas summer. Musim luruh memperlihatkan kegemilangan hutan
Pada penghujung ucapan sidang pleno kongres pertama,aku berkata:
“…..Saya dengan hormatnya menyeru dan merayu kepada warga Serb dan Croat kita, jiran Serb dan Croat kita, dan para pemimpin mereka, untuk mencari jalan keluar yang terbaik bagi menangani situasi ini. Suatu penyelesaian berasaskan kesaksamaan dan akalbudi, supaya kesemua rakyat kita dijauhi daripada kesengsaraan yang sedang kita saksikan…..”
“….Saya tamatkan ucapan ringkas ini dengan seruan kepada umat Islam. Sebagaimana yang kita hadapi hari ini, telah ada sebuah negara kecil sebelum ini yang berhadapan dengan pilihan yang getir: samada untuk tunduk dan menyerah, atau untuk berdiri tegak dengan bermaruah – menjadi hamba abdi, atau untuk kekal sebagai rakyat yang bebas. Pujangga negara berkenaan menukilkan jawapannya dengan kata-kata masyhur, dengannya saya akhiri ucapan saya:
Saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Kuasa bahawa kita tidak akan sekali-kali menjadi hamba.”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai penyudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropa.
Pada 1992 sehingga 1994, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003:
Alija Izetbegovic Siri Ke 7
Di Velika Kladusa, dua ribu orang telah berhimpun. Aku mengatakan dalam ucapanku:
“Bosnia Herzegovina adalah republik madani, itulah pilihan pasti umat Islam; bukan Islamik, dan bukan pula sosialis tetapi madani; untuk ini kita memerlukan penerimaan Serb dan Croat……..
…….Sekiranya
Sekurang-kurangnya umat Islam bersedia untuk peristiwa yang bakal menyusul. Walaupun kekurangan persenjataan, namun ia berorganisasi. Sejenak sebelum peperangan hampir meletus, sekitar Mac 1992, aku mengadakan rundingan dengan ketua KOS – Perkhidmatan Perisik
Pertemuan telah diaturkan dengan Dr Franjo Tujdman, Pengerusi HDZ – Komuniti Demokratik Croat, juga bakal Presiden Republik Croatia, di Zagreb. Tudjman mempelawaku untuk jamuan tengahari di sebuah restoran di
Di Rom, aku menghadiri Sessi Khas Menteri EC –Komuniti Eropah, di mana Deklarasi
Sekembalinya dari Rom, wartawan bertanyakan pendapatku tentang hubungan sesama kaum setelah berjumpa Pope dan Patriach. (Pope mengetuai gereja Kristian Katolik agama orang Croat. Patriach mengetuai gereja Kristian Ortodoks agama orang Serb) Aku menjawab bahawa aku percaya pimpinan agama berpegang kepada keamanan dan kedamaian tetapi mereka tidak mempunyai banyak pengaruh untuk menentukan pergolakan yang berlaku di rantau kami.
_____________________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Pada 1992 sehingga 1994, penduduk Islam Bosnia telah menjadi mangsa kepada kekejaman penghapusan kaum angkara militan Serb tanpa mendapat pembelaan atau kepedulian sewajarnya daripada Eropah dan Barat, hanya semata-mata kerana penduduk Bosnia Herzegovina inginkan hak kedaulatan dan kebebasan negara mereka.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003:
Alija Izetbegovic Siri Ke 5
Tahun selepas pembebasanku daripada penjara merupakan tahun rihat. Setelah bebas daripada menjalani 6 tahun merengkok di penjara, setiap hal yang berlaku pada diriku amat menggembirakan. Aku membaca, melancong, berjalan-jalan dan dikelilingi oleh kemesraan dan kasih sayang anak-anak. Yang penting sekali, aku merasai ketenangan hidup.
Walaubagaimanapun, keamanan Bosnia Herzegovina semakin tidak tenteram dan bergolak. Pelbagai skandal muncul akibat salahlaku dan rasuah kerajaan komunis pimpinan Belgrad. Kegiatan pelampau kaum yang digelar kumpulan Chetnik semakin menjadi-jadi. Persoalan semasa nasib umat Islam
Aku sememangnya tidak menaruh kepercayaan bahawa bentuk komunisme yang pegun boleh bertahan lama. Tetapi aku sendiri tidak menyangka kejatuhan merudumnya sekitar 1989-1990. Rupa-rupanya sifat sistem komunisme itu adalah samada ia berdiri tegak atas kesemua atau tiada langsung. Tiada penyelesaian pertengahan yang membawa keriangan kerana Komunisme dan kebebasan saling bertentangan – samada komunisme memusnahkan kebebasan atau sebaliknya. Pada pertengahan abad ke 20, komunisme menghancurkan kebebasan tetapi pada akhir abad, putaran berlaku.
Kejatuhan Tembok
Sentimen agama umat Islam telah dibendung dan disekat secara sistematik selama 40 tahun pemerintahan komunis
Untuk memastikan negara menjalani pembinaan semula demokrasi, adalah perlu untuk mendirikan parti-parti politik. Parti politik bukannya bebas daripada cacat cela tetapi dunia masih belum ada kaedah lain yang lebih baik. Kami memerlukan parti yang pro-Bosnia dan pro-Muslim yang akan melibatkan dan menggabungkan rakyat termasuk puak Serb dan Croat. Aku bercakap dan menghubungi rakan-rakan. Aku yakin umat Islam
Parti Tindakan Demokratik –Stranka Demokratske Ackcije (SDA) bermula November 1989 dan setahun kemudian pada 1990, parti ini memenangi pilihanraya.
Dari mula lagi, aku diterima sebagai “pemimpin” dan aku bukanlah yang terbaik. Mungkin para pimpinan tak semestinya terhandal kerana untuk menjadi pemimpin, sudah bakal ada kelemahan ketara dan aku memang mempunyai banyak kekurangan.
Aku mendekati dan mendampingi intelektual dan pimpinan Muslim yang ternama untuk penubuhan dan pengukuhan parti. Di samping menyatukan umat Islam Bosnia Herzegovina dan menjadi wadah politik, aspirasi parti adalah untuk menjadi parti kepada semua orang Islam
Situasi berubah dengan pantas dengan sistem sosialis menghadapi krisis, menjadi semakin lemah dan tidak bermaya. Kami membuat kenyataan umum membentangkan program parti. Kami mengisytiharkan parti ini suatu perikatan warga negara
Pada 26 Mei 1990, Perhimpunan Perwakilan SDA telah diadakan. Dewan perhimpunan penuh sesak. Ketakutan lama telah ditukar kepada keterbukaan dan nekad. Aku memulakan ucapan di perhimpunan dengan lafaz bismillah. Aku berbuat demikian kerana dua sebab. Pertama, aku dengan tulus ikhlas berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon pertolonganNya. Kedua, sebagai tanda kebebasan agama dan isyarat jelas menyanggah regim pemerintahan sedia ada. Sebelum itu, tidak terbayang atau diimpikan untuk mengeluarkan sebarang kata-kata berunsur keagamaan di atas pentas awam. Aku meneruskan ucapan dengan kisah pembebasan, keruntuhan Tembok
____________________________________________________________________
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropah.
Di atas adalah petikan terjemahan yang disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation 2003.